Friday 13 April 2012

Sebuah Episod 16

ERTI SAHABAT...


Dari penulis ‘dari hati kecilku’...
@@@
"Aina mengeluh dgn tgkah laku suaminya. Aina
mnuduh Shah mula mngabaikan tggungjawabnya sbg
suami. Menurut Aina, kdaan ini disedarinya apabila Shah mula main
‘kayu 3’ dgn pelajar tmpat Shah mengajar, Aisya. “Sejak khadiran
pmpuan itu dlm khidupn abg Shah, sy sering btengkar
dgn suami. Pmpuan tu la punca keretakan rumahtangga saya.”
hHmmm…
Namun apa pula jawapan Shah?
“Aina dah melampau. Cemburu buta. Sy dan Aisya Cuma
bersahabat je xlebih dr tu. Nothing special between us.
Sbg pensyarah dgn plajar, sy memg  xnafikan sy rsa bgitu
slsa bila berbincang. Aisya mpunyai pandangn yg luas, mudah
bekerjasama, pdengar dan penasihat yg baik malah kami juga
bnyak bkongsi minat yg sama. Itu je xlebih dari tu…” Kata
Shah, tenang…

Namun kawan-kawan juga sesiapa yg brada di sekitar mreka
mrasakan ada ssuatu yg lebih dr skadar bsahabat.

@@@
Persahabatan : Apa itu persahabatan?

Persahabatn merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan
setiap insan. Mereka yang tidak mempunyai sahabat akan merasa
kesepian dan tiada tempat meluah rasa. Namun bagaimana pula
dengan persahabatan yang dijalinkan seperti Shah dengan Aisya yang menimbulkan gosip masyarakat sekitar??
……
Sebelum perbincangan seterusnya, mari kita lihat sebentar makna
atau erti sebenar sahabat itu sendiri. Menurut ahli psikologi, sahabat
adalah orang yang dipercayai untuk diluahkan isi hati, kegembiraan
atau kedukaan. Oleh itu sesiapa yang diyakini mempunyai ciri-ciri itu
akan terpilih sebagai sahabat.

Setiap insan di dunia ini memerlukan sahabat atau orang lain dalam
kehidupannya. Manusia perlu berkongsi sama dengan orang lain.
Berkongsi sama itu sebenarnya pertahanan diri seseorang kerana
manusia perlu untuk meluah dan mencurahkan isi hati dan perasaan2
yang terpendam dalam diri kita. Dalam erti kata lain bahawa
manusia memerlukan orang lain yang ia pilih dan percaya untuk
meluahkan hal2 peribadi.

Contohnya apabila seorang gadis bersahabat dengan seorang gadis
lain, mereka boleh tidur sebantal, berkongsi barang atau saling pinjam
meminjam baju atau seumpamanya atau lebih dari itu.
Sesesungguhnya manusia itu memang memerlukan sahabat dalam
kehidupannya. Sekurang2nya terdapat 2 keuntungan yang
diperolehi melalui persahabatan. Pertama, untuk merealisasikan mimpi
atau visi hidup. Seseorang memerlukan orang lain untuk
membincangkan mimpi-mimpi dan permasalahannya. Seseorang itu
ingin orang lain mendengar dan tahu keinginannya. Seterusnya
berusaha saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Kedua, sahabat diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian atau
jalan keluar bagi sesuatu masalah atau perkara.

Persahabatan itu bermula dengan perkenalan. Setelah itu, jika
terdapat kesamaan idea, gagasan, gaya hidup, minat, keperluan, cara
berfikir dan harapan maka timbullah rasa saling simpati. Apabila telah
wujud rasa simpati maka akan wujud keterbukaan dan ketika ini
mereka telah bersedia untuk saling mencurah suara hati.

Persahabatan Jejaka dan Wanita..

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati
seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan
lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau
sebaliknya?

Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita sesungguhnya
tidak akan ada jaminan ini benar tulus dan murni. Sekurang2nya
pasti ada harapan rasa ingin memiliki. Tidak kira pada si
jejaka atau wanita atau kedua2nya sekali. Mesti ada kemungkinan
walaupun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini
mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan
rumit umtuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar
persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai
yang mengharap kepada wujudnya hubungan hati dan fizikal.

Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar
bersahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengenangkan
“kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika
ini sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan
peranannya. Bisikan indah dari musuh utama (syaitan) telah
merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan
lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan Proses Seterusnya!

Oleh itu.. Para muslimin dan muslimat yang dikasihi, jika perkenalan
kita sudah berubah menjadi simpati segeralah susuli dengan
pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. Inilah
persahabatan yang ideal. Manakala persahabatan di luar akad
pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat (Rasulullah s.a.w.)
Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan
antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali.
“Wahai Ali, sebelum saya bernikah dengan engkau di kota Makkah ini,
ada seorang pemuda yang menjadi idola dihatiku. Saya sangat
inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya itu saya simpan di
dalam hatiku” kata Fatimah. “Kalau begitu engkau menyesal menikahi
saya?” tanya Ali. “Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau” jawab
Fatimah.

Oleh itu, di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai
pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan
di dalam hati (Cinta dalam hati..hehe).
 Sesungguhnya cinta itu boleh “menghinggapi sesiapa”
saja termasuk orang beriman atau para pendakwah. Apabila batas2
pergaulan dan percampuran lelaki dan perempuan dilanggar,
proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tidak mungkin
dihindari. Oleh itu, tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan
perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui…..

Sudah berlanjur digosipkan..(-_-)

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan
adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu untuk mengukurnya.
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita
berjauhan dari segi fizikal tetapi hati “berdegup” hebat. Ada juga yang
fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan
bermakna kita dibolehkan bergaul bebas.
Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik
nikah sahaja. Inilah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan
bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan
membenarkan sangkaan dan tohmaan orang selama ini. Tindakan
sewajarnya yang mesti diambil adalah segera menghentikan hubungan
tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika
hati tak terkendalikan jauhilah jarak fizikal. Hindarilah perkara2
yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan,
sering telefon/sms dan seumpamanya.

Jangan terperangkap!

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula
kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting.
Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendalikan
sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang
amat perlu diawasi kerana dari ‘mata jatuh ke hati’.
Sebagaimana yang berlaku kepada Ibnu Abbas, ketika menunaikan
haji tergoda melihat seorang wanita, maka spontan Nabi SAW
menegur dan memalingkan pandangannya dari wanita tersebut. Lalu
bersabda: “Jangan kau ikuti pandangan itu dengan pandangan yang
lain.”

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti ‘tazkiyatun nafs’
(penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum,
sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis.
Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan
keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. 
Ingatlah
jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam
masa yang sama menjatuhkan Islam..!

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui kelemahan insan. Lalu Dia
telah mengingatkan orang-orang beriman serta umat Islam seluruhnya
agar menjaga pandangan dengan firman-Nya:

“Katakanlah kepada
orang-orang beriman lelaki, supaya mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka
usahakan. Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan
supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga
kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya
kecuali apa yang biasa lahir daripadanya….” (An-Nur:31-32)

Mencegah lebih baik dari mengubati. Jagalah batas2 pergaulan
agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan
komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali
mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat
agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesungguhnya jika ini
tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam
mengamalkan Islam.

Sekadar itu saja coretan‘dari hati kecilku’ dan kajian minda nie...
Moga2 btemu lagi d 'Sebuah Episod' sterusnya...insyaAllah! hehe..
(^_^)
Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment