Friday 13 April 2012

Sesuatu Yang Menarik Ada Pada Perempuan...


1.   Perempuan terlalu mementingkan penampilan sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak yakin dengan diri sendiri.
2.  Perempuan pandai berhias bagi menawan hati lelaki. Dengan kecantikan wanita mampu menjadikan lelaki tergila-gilakannya.
3.  Perempuan suka apabila teman lelakinya sentiasa ingat hari-hari penting seperti hari lahir, hari perkenalan kita dengannya dan hari kita declare.
4.  Air mata perempuan memiliki kuasa sakti yang luar biasa dan ia digunakan bagi menagih rasa belas ihsan sama ada semasa ditimpa kesusahan ataupun meminta sesuatu yang susah didapati.
5.  Perempuan sukakan lelaki yang romantik dan sentiasa ingat semasa bersamanya ataupun berjauhan.
6.  Perempuan suka apabila kita selalu memasukkan dia dalam perbualan bersama rakan-rakan kita.
7.  Perempuan suka apabila kita menghargai setiap tindakannya dan mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang dia berikan.
8.  Perempuan tidak sah jadi wanita apabila dia tidak pandai merajuk.
9.  Perempuan tidak suka apabila kekasihnya keluar makan dengan perempuan lain walaupun mereka itu rakan sepejabat.
10.   Perempuan tidak suka apabila kita asyik mengarahnya seperti hamba.
11. Perempuan memang mudah kecil hati. Jika kita sering membuat dia kecil hati, lama-kelamaan wanita boleh hilang hatinya.
12.               Perempuan begitu sibuk pada bulan Ramadan. Mereka juga mengurangkan bercakap semasa berpuasa tetapi menambah kekerapan membeli belah.
13.               Perempuan tidak suka kita bercerita perkara yang tidak diketahuinya kerana mereka rasa mereka kurang berpengetahuan.
14.               Lelaki perlu tahu saiz pakaian dan kasut yang dipakai oleh pasangan anda barangan yang disukainya.
15.               Perempuan kuat cemburu. Oleh itu, buatlah aktiviti yang tidak mengundang sebarang syak wasangka yang buruk semasa kita tidak bersamanya.
16.               Perempuan kaum yang sensitif. Baik berhati-hati semasa bercakap dengannya.
17.               Sekali pandang gincu yang dipakai perempuan sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna itu sebenarnya tidak sama; ada merah hati, merah sirap, merah ros, merah darah dan merah jambu.
18.               Cermin adalah teman sejati pompuann. Perempuan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja, tiga kali di tandas dan dua kali pula semasa balik kerja dengan mengambil masa kira-kira lima minit setiap kali.
19.               Apabila perempuan bersedih, lelaki perlu mendengar luahannya dan jadilah pendengar yang setia. Cuba fahami masalah yang dialami..

Jadilah yang  baik dimata pasanganmu...Ngeee...

No comments:

Post a Comment