Thursday 9 August 2012

Nikah Memurahkan Rezeki....


Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yg miskin. Kemudian, ia meminta jalan keluar agar terlepas daripada belenggu kemiskinan.

Rasulullah S.A.W. menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki itu sangat senang dengan saranan yg diberikan Rasulullah S.A.W. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadu nasibnya yang tetap miskin.

Rasulullah menyuruh dia berkahwin lagi, Si lelaki terlalu yakin tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi. Namun beberapa waktu kemudian, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah S.A.W. "Kahwin lagi," jawab Rasulullah S.A.W. singkat. Kemudian dia berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah.


Mulanya dia malu untuk mengaku lagi kepada Rasulullah S.A.W., tapi apakan daya dia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya.

"Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yg harus aku lakukan?," adu lelaki itu. Rasulullah tetap menyuruh berkahwin lagi.


Sabda Rasulullah S.A.W. "Carilah rezeki dengan menikah," (Riwayat Ibn Abbas)


Firman Allah S.W.T. yg bermaksud "Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian antara kamu, dan orang-orang yg layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yg lelakidan hamba sahayamu yg perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya, Dan Allah Maha Luas (PemberianNya) lagi Maha Mengetahui," (Surah Al-Nur: 32)
........

No comments:

Post a Comment