~ KEJARLAH LAILATUL QADAR SEMASA ADA KESEMPATAN.. ~
Assalamualaikum..
Sahabat fillah
Dah 19 hari kita berada dibulan ramadan yg penuh keberkatan ni. Cuma tinggal lebih kurang 11 hari ja untuk ramadan kali ni meninggalkan kita. 10 malam yg terakhir adalah mlm yg ditunggu oleh sekalian umat islam yg menunaikan puasa kerana pada 10 malam terakhir ini, satu malam adalah malam yang penuh dengan keberkatan iaitu malam lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam para malaikat turun dengan membawa keberkatan dan kebaikan kepada umat yg beribadah. Sesiapa yg dapat kebaikan pada malam tersebut. Mereka adalah golongan yg paling beruntung.
"Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu adalah lebih baik daripada seribu bulan." (al-Qadar: 1-2)
TANDA-TANDA BERLAKUNYA LAILATUL QADAR.
Kata setengah ulama, lailatulqadar berlakunya pada satu malam tertentu seperti 21 dan 23 ramadan. Ini menurut imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yg menceritakan lailatul qadar berlaku pada mlm tersebut sehingga Rasulullah s.a.w sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada mlm itu.
Ada setengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira hari permulaan puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
Ahad atau rabu = lailatul qadar ialah pada hari yg ke-27.
Khamis = lailatulqadar ialah pada hari yg ke-25.
Sabtu = lailatulqadar ialah pd hari yg ke-23.
Isnin = lailatulqadar ialah pada hari yg ke-21.
Demikianlah kaedah yg digunakan pkai oleh sebahagian ulama termasuk imam Abu Hasan r.a tegas beliau:
"Aku tidak pernah terlepas malam lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.
TANDA DAN ALAMAT
Tandan dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esuknya, pada pagi hari kelihatan langit agar begitu menyinari ruang angkasa dan macam2 lagi.
Bersedialah dengan 10 malam yang terakhir ini.
Nabi bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk malam ganjil di sepuluh malam akhir bulan Ramadan." (HR. Aishah r.a)
HIKMAH
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui mlm lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada mlm dn keesokkannya, utk mendapatkan fadilat hari yg penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, maghrib, isya dan subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat mlm lailatulqadar
Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan ramadan al mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lg malam2 di bulan ramadan, pastikan kita kemenangan. Kemanangan melawan dan menguasai hawa nadsu. InyaAllah.
* Hanya Allah swt yg Maha mengetahui bila berlakunya lailatulqadar. Jangan hanya mencari lailatulqadar pada satu mlm sahaja. Carilah keberkatan dan kebaikan pada setiap mlm. InsyaAllah, Allah akan kurniakan lailatulqadar kpd mereka . Semoga ramadan kali ni membawa lebih kebaikan dn keberkatan dari sebelum sebelumnya..Aamin,
No comments:
Post a Comment