Friday, 29 June 2012

9 Siti yang patut dicontohi :



1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, mghantarkan mkanan kpd Baginda ktika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah Zahra

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Saidina Ali karamallahu wajhah walaupun Saidina Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Saidina Ali. Rasulullah pernah b'kata “Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Suamimu (Saidina Ali) maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sggup berkongsi bekas makanan dan minumn dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum mggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mcari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini sy petik drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangn Halaqah TV9 yg bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tgolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.



Ulasan: Siti bukan sebarang siti, inilah "Siti" yang mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah. Mereka sanggup berkorban untuk memperjuangkan dan menegakkan agama Islam sebagai Addin... Contohilah mereka wahai sekalian muslimah...."

No comments:

Post a Comment