Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,,
Wahai Gadis Solehah…
Dari jauh ku mlihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yg luas, gerak lgkah kakimu mengingatkan daku akan sbuah kematian...
Dunia ini penuh dengan kepura2xan. Namun kau mampu mengharunginya bsama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu. Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman dan Din Islam utk menegakkan jihad diakhir zaman ini. Bagi mu Al-Quran sbgai hiburan, As-sunnah menjadi amalan dan rumah sbgai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura2xan.
Gadis Solehah...
Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur. Hati yang sentiasa mengingati mati. Yang mencintai Allah dan rasul dan yang taat kpd kedua ibu bapa mu. Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah… sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggaan. Kalimah Allah...
Gadis Ku...
Saban ketika, gerak gerimu ku perhatikan. Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda, maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida dan yang paling melembutkan hati…. tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati. Bila bertembung dengan jejaka yang bukan muhrimmu, kau tunduk memandang bumi… mengingatkan ku tentang firman allah swt:
“Wahai wanita –wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar . Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang..”
Juga mengingatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw. Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.
Gadis Solehah…..
Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap…. dibalut dan disimpan ditempat yang selamat. Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.
Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat… bibirmu berzikir mentilawah Al–Quran, tahajjud , witir dan amalan2x istiqamahmu.
Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.
Gadis Solehah….
Sebelum mengakhiri coretanku.. kutitipkan firman Allah.swt buatmu…
“ Sesungguhnya perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat.”
Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu …
Kau idaman lelaki beriman.
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia..
Sekadar buat renungan……………
(-_-)
No comments:
Post a Comment