Tuesday 1 May 2012

Tips Perkahwinan

  ~KETIKA MENCARI CALON : 
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita..
~KETIKA MELAMAR : 
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis..
~KETIKA AKAD NIKAH : 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah..
~KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : 
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka..
~KETIKA MALAM PERTAMA : 
Bersyukur dan bersabarlah, anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat..
~SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri..
~KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan..
~KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : 
Cintailah isteri atau suami anda 100%..
~KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : 
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%..
~KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : 
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri..
~KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita..
~KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda..
~KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan..
***

No comments:

Post a Comment