Friday, 17 February 2012

Sebuah Episod 10

Saya selalu bersama Awak...
Hidup ini ibarat RODA. 
Kenapa roda? Kerana roda itu berputar... Begitu juga kehidupan ini sering berputar mengikut edaran waktu...
Sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah.. Begitulah putaran kehidupan..Bukanlah selalu indah dengan cerita kegembiraan..Terkadang kita juga diuji sehingga terduduk dan jatuh ke bawah....
"Kenapa sy tak jadi pedal minyak? " , tanya seorang sahabat.. Awak, dunia ini bulan milik kita... Apa yg terjadi dalam kehidupan kita, apa yang kita buat semuanya aturan Dia Yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui... 
Mungkin untuk awak, terlebih tekan pedal minyak sehingga tayar berputar terlalu laju dan akhirnye ia pancit dan sukar sekali untuk berputar untuk kembali berada di atas.
Waktu ini, mungkin saat yang paling sukar awak hadapi dalam hidup... 
Tapi, seperit mana pun dugaan yang awak hadapi, saya yakin awak kuat.. Awak, orang yang berjaya itu kadang-kadang bermula dari masa lampau yg sukar, sehingga dia bangkit dan terus berjuang untuk mencapai kejayaan. 
 Ingat awak..!  Apa yang terjadi hari ini jadikan ia satu pengajaran... Jadikan ia satu suntikan semangat baru untuk awak meneruskan hidup... 
Awak, janganlah awak beranggapan, sekali awak jatuh, selamanya awak akan terus berada di bawah. 
Selagi langit cerah, selagi hujan mencurah, selagi burung berkicau, selagi matahari menyinar, saya mahu awak bangkit, berusaha dan berjuang...!
Awak, apa sahaja yang awak hadapi... Ingatlah saya sentiasa akan bersama awak.. Andai awak tak nampak saya di depan mata, tolehlah ke belakang, saya akan selalu ada di sini... Sayang awak selamanya.... :)

*Coretan ni buat sahabat sy kini jarang bhubung dek ksibukkan dgn urusan masing2.. Rindu dia, harap bila dia baca entri ni..dia kan sntiasa bsmangat ats cbaran yg kan dtg..
Uuuhh..sayang awak selalu sahabatku..

No comments:

Post a Comment