Jangankan lelaki biasa ,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka,hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah.Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apalagi yang tiada di syurga,Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri @ puteri.
Di jadikan mereka daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok untuk di luruskan oleh lelaki.Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus,tidak mungkin dia mampu untuk luruskan mereka.
Tidak logic kayu yang benkok menghasilkan bayang-2 yang lurus.
Luruskan wanita dengan cara yang ditunjuk Allah,kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan daripada-NYA.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,nanti mereka semakin liar.Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan,nanti mereka semakin menderita.Yang sementara itu tidak akan menyelesaikkan masalah.
Kenalkanlah mereka kepada Allah yang kekal,di situ suisnya
Akal setipis rambutnya,tebalkanlah dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah,kerana dari situlah nanti mereka nampak nilaian dan keadilan Tuhan.Akan terhibur dan berbahagialah hati mereka walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia,presiden atau perdan menteri ataupun woman gladiator sekalipun.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.Itu bukan diskriminasi Tuhan,kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki -2 waja negarawan,karyawan,jutawan dan wan-2 yang lain.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,pasti tidak terhibur apalagi menghiburkan.Tanpa ilmu,Iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak diluruskan bahkan mereka pula yang membengkokkannya.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan berbanding perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.Sebodoh -2 perempuan pun boleh menundukkan sepandai -2 lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak mengenal tuhan.Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri apalagi mengenal lelaki.
Kini bukan lagi ramai bos telah kehilangan sekretari,bahkan anak pun kehilangan ibu,suami akan kehilanan isteri dan bapa akan kehilangan.
Apabila wanita derhaka,dunia lelaki akan menjadi hura-hara.Apabila tulang rusuk patah,maka rosaklah jantung,hati,dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharapkan ketaatan daripada mereka,tetapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum meminpin wanita menuju Allah,pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-NYA.
Jinakkan diri dengan Allah,nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita. INSYA ALLAH…………………..
(Satu Perjuangan, sahabatku..)
No comments:
Post a Comment