Thursday, 20 October 2011

Dari hati kecilku 1



ku renung,ku fikir n ku kongsi bersama...




"Seberat mana pun ujian yang di pangku..mahu atau tidak, kita harus hadapi juga. Sebab itu rencah kehidupan. Tiada ujian atau tekanan, bukan hidup namanya.. dan setiap apa yang ditimpa imma perkara yang menyenangkan hati mahupun memeritkan diri ada hikmah dan 'messege' yang teramat special dariNya buat hamba yang terpilih.. Mungkin DIA teramat rindukan kita yang banyak menangis untukNya tapi bukan untuk selainNya.. Kenapa nak rasa 'down' dengan setiap ujian yang memeritkan..?? Kita harus rasa 'down' dengan ujian yang menyenangkan, terlampau selesa itu ujian paling besar kerana mungkin alpanya kita terhadapNya...!" 


***


"Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi. Biarkan kekecewaan itu berlalu agar kegembiraan mewarnai. Biarkan kegelisahan itu lenyap, jangan kita hilang semangat. Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan dijana semula. Biarkan diri derita, agar diri ini tahu kepahitan derita ini tidak sama bahkan secebis dari penderitaan Rasulullah SAW. Allah sesekali tidak menzalimi hambaNya...!"


~FaQihkan kami dalam AgamaMU, Yaa Allah..!!~

No comments:

Post a Comment